Suasana Sibuk dalam Kilang Pengeluaran Kapal

2022-07-24 15:21:53  CRI
Share with:

Suasana sibuk boleh terasa di zon perkilangan Syarikat Pembuatan Kapal Huanghai Berhad di Rongcheng, bandar Weihai provinsi Shandong di mana terdapat sejumlah kapal besar yang sedang dipergiatkan pembuatannya.

Sejak tahun 2021, syarikat Huanghai ini giat meneroka pasaran baharu dengan aktif mengadakan kontak dengan syarikat pengangkutan maritim besar di dalam dan luar negara. Sekarang syarikat ini memegang surat tempahan yang termeterai tentang pembuatan 60 kapal yang bernilai kira-kira RMB7 bilion (RM4.34 bilion), dan jadual pengeluarannya sudah disusun menjangkau tahun 2024.