Jumlah Penghasilan Data China 2021, Tempat Kedua Sedunia

2022-07-24 16:12:09  CRI
Share with:

 


Sidang Kemuncak Pembangunan China Digital ke-5 telah dirasmikan di Fuzhou semalam, dan dalam upacara pembukaannya turut diumumkan Laporan Pembangunan China Digital (2021) oleh Jabatan Pentadbiran Ruang Siber China, yang kemudian memulakan Bulan Pemupukan Kesedaran dan Kemahiran Digital Rakyat 2022.

 

Menurut laporan tersebut, dalam tempoh 2017 hingga 2021, jumlah penghasilan data China meningkat dari 2.3 ZB kepada 6.6ZB. Setiap ZB sama dengan kapasiti muatan 500 trilion gambar dan 2.5 trilion lagu MP3. Jumlah penghasilan data ini menduduki tempat kedua dalam ranking sedunia dengan mewakili 9.9% keseluruhan global pada 2021.

China telah membina infrastruktur siber yang paling besar dan canggih di dunia.

Setakat penghujung 2021, sebanyak 1.425 juta tapak panggalan 5G yakni lebih 60% keseluruhan dunia, telah dibina di China. Jumlah pengguna 5G pula mencapai 355 juta. Selain itu, 100% kampung termasuk yang baru melepaskan diri dari belenggu kemiskinan telah dilengkapi akses jalur lebar.


 

Kini, aplikasi internet industri China merangkumi 45 kategori ekonomi di peringkat kebangsaan. Jumlah perdagangan e-niaga telah meningkat dari RMB29 trilion (RM19 trilion) pada 2017 kepada RMB42 trilion (RM28 trilion) pada 2021.

 

Semasa berlangsungnya Minggu Pemupukan Kesedaran dan Kemahiran Digital Rakyat 2022, pelbagai aktiviti termasuk forum, pameran, latihan pendidikan digital, ceramah pendidikan digital dan aktiviti sukarelawan membantu warga emas dan Orang Kelainan Upaya (OKU) digital bakal diadakan.