Seminar Ulang Tahun Ke-20 DoC

2022-07-25 18:21:33  CRI
Share with:

Ahli Dewan Negara China yang juga Menteri Luar, Wang Yi menghadiri upacara perasmian seminar sempena sambutan ulang tahun ke-20 pemeteraian Deklarasi Tatalaku Pihak-Pihak Berkepentingan di Laut China Selatan (DoC) dan menyampaikan ucapan secara maya hari ini.

Wang Yi menyatakan bahawa DoC ialah dokumen politik pertama yang ditandatangani oleh China dan negara-negara ASEAN dalam isu Laut China Selatan. Ia menetapkan prinsip asas dan norma bersama bagi semua pihak berkepentingan di rantau ini untuk mengendalikan isu Laut China Selatan.

Beliau berkata, pemeteraian dan pelaksanaan DoC memberi inspirasi kepada pelbagai pihak. Pertama, keamanan dan kestabilan di Laut China Selatan merupakan prasyarat bagi pembangunan rantau ini. Kedua, negara-negara serantau ialah pihak berkepentingan sebenar dalam menangani isu Laut China Selatan. Ketiga, ‘model Asia Timur’ ialah kaedah yang berkesan untuk mengumpul dan memelihara konsensus.

Wang Yi mengatakan bahawa China akan terus mengamalkan dasar luar yang bersahabat, ikhlas, saling untung, dan inklusif dengan negara-negara jiran, berganding bahu dengan negara-negara ASEAN supaya menjadi pembela keamanan, pembina tatatertib, penggalak kerjasama, dan penyumbang pembangunan di laut.

Seminar tersebut dianjurkan bersama oleh Kementerian Luar China, Universiti Wuhan dan Institut Penyelidikan Laut China Selatan.

Timbalan Perdana Menteri Kemboja, Hor Nam Hong dan Menteri Luar Malaysia, Dato' Saifuddin Abdullah juga menghadiri seminar dan menyampaikan ucapan melalui video.