Laluan Darat-Laut Baharu Barat Rancakkan Perdagangan Antarabangsa

2022-07-25 14:29:37  CRI
Share with:

Jumlah penghantaran barangan melalui laluan darat-laut baharu di barat China mencatat 216 ribu TEU pada setengah tahun pertama tahun ini, naik 30.3 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu. Destinasi penghantaran barangan turut diperluas ke 319 pelabuhan di 107 negara dan kawasan.

Demikian maklumat oleh forum kerjasama antarabangsa laluan darat-laut baharu 2022 yang diadakan di Chongqing pada Ahad.

Laluan darat-laut baharu merupakan laluan perdagangan antarabangsa yang dibina bersama-sama oleh beberapa wilayah di barat China dengan negara-negara ASEAN. Laluan itu berpusat di Chongqing dan menyambung dunia dengan pengangkutan kereta api, perkapalan dan lebuh raya.

Sejak beroperasi lima tahun dahulu, jumlah perdagangan antara kawasan terlibat di China dengan negara-negara ASEAN meningkat daripada USD58.9 bilion kepada USD107.7 bilion, manakala jumlah jenis barangan bertambah daripada lebih 50 kepada lebih 640.