Pejabat Presiden Sri Lanka Dibuka Semula

2022-07-25 12:00:26  CRI
Share with:

Menurut polis Sri Lanka, pejabat Presiden Sri Lanka dibuka semula hari ini.

Penunjuk perasaan menduduki pejabat Presiden pada 9 Julai. Polis tempatan telah meminta jabatan arkeologi untuk menyiasat kerosakan pejabat tersebut.

Dalam pada itu, Kementerian Pendidikan Sri Lanka menyatakan bahawa sekolah di negara itu akan dibuka semula hari ini. Pelajar akan datang ke sekolah setiap hari Isnin, Selasa dan Khamis, dan mengikuti kursus secara dalam talian setiap hari Rabu dan Jumaat.