7 Orang Cedera Kes Tembakan di San Pedro

2022-07-25 10:57:22  CRI
Share with:

Menurut laporan CBS, kes tembakan yang berlaku di sebuah taman berhampiran San Pedro di Los Angeles, Amerika Syarikat (AS) pada Ahad mengakibatkan sekurang-kurangnya tujuh orang cedera.

Biro polis Los Angeles mengesahkan antara mangsa cedera itu termasuk empat lelaki dan tiga wanita. Seorang lelaki dan seorang wanita yang parah telah dikejarkan ke hospital.

Pada masa ini, kes tersebut masih dalam siasatan.