Ekonomi AS Menuju ke Kemelesetan: Jack Rasmus

2022-07-26 13:06:18  CRI
Share with:

Profesor ekonomi Amerika Syarikat (AS), Jack Rasmus ketika diwawancara pada Isnin berkata, beberapa statistik yang dikeluarkan baru-baru ini menunjukkan AS "sedang menuju ke kemelesetan ekonomi dengan cepat".

Beliau berpendapat ekonomi AS akan berada dalam kemelesetan yang ketara menjelang September tahun ini.

Jack Rasmus, seorang ahli ekonomi dari St. Mary's College, berkata bahawa beberapa indeks yang dikeluarkan minggu lepas mengingatkan orang ramai bahawa pelaburan kini menjadi perlahan secara mendadak. Walaupun penggunaan telah meningkat, tetapi ia tidak boleh dianggap sebagai peningkatan sebenar akibat inflasi.

"Semua indeks ini menunjukkan bahawa kita sedang menuju ke arah kemelesetan." katanya.