AS Penggodam, Pemantau dan Pengintip Terbesar di Dunia

2022-07-26 13:07:33  CRI
Share with:

Amerika Syarikat (AS) ialah negara penggodam, pemantau dan pengintip nombor satu di dunia.

Demikian dinyatakan oleh jurucakap Kementerian Luar China, Zhao Lijian dalam sidang akhbar di Beijing pada Isnin.

Menurut laporan, Pusat Pravasi dan Teknologi Universiti Georgetown AS mengeluarkan laporan penyiasatan baru-baru ini yang menyebut, Jabatan Imigresen dan Penguatkuasaan Kastam AS menubuhkan sistem pemantauan untuk menjalankan pemantauan komprehensif terhadap rakyat negara itu.

Zhao Lijian mengulas bahawa kerajaan AS telah menggunakan teknologi pemantauan paling maju untuk memantau rakyatnya tanpa batas undang-undang, seperti yang dibongkar oleh laporan tersebut.

Banyak media AS dan antarabangsa telah menyatakan kemarahan terhadap perkara tersebut. Ada beberapa media menyatakan kebimbangan bahawa adala sukar untuk menyelia rangkaian pemantauan besar itu kerana terdapat jalan keluar dalam sistem perundangan negara itu.