AS Tidak Berhak Melakon "vigilante" dalam Isu Hak Asasi Manusia

2022-07-26 14:57:39  CRI
Share with:

Amerika Syarikat menambah empat lagi negara dan kawasan, iaitu Vietnam, Kemboja, Brunei dan Macau China dalam senarai hitam pemerdagangan manusia di samping Malaysia di Tahap 3 atas dakwaan kelemahan usaha untuk menghentikan pekerjaan seks secara paksa atau membantu pekerja asing.

 

Betul, semuanya di tempat kita, Asia.

 

Satria berasa amat kejut, mengapa Amerika sendiri dan Britain tidak tersenarai?

 

Amerika adalah destinasi pemerdagangan manusia yang paling besar. Berdasarkan statistik negara itu sendiri, setiap tahun terdapat lebih 100 ribu orang dijual ke Amerika, dan sekitar 50% daripadanya belum dewasa.

 

Bulan ini, sebuah lori yang melakukan pemerdagangan manusia yang didapati di Texas, lebih 50 orang didapati telah meninggal dunia.

 

Malahan, Sir Mo Farah yang membantu Britain memenangi pingat emas Sukan Olimpik dalam acara 5,000 meter dan 10,000 meter baru-baru ini turut mengakui ia dijual ke Britian dari Somalia ketika masih kecil dan pernah menjadi hamba di keluarga Britain.

 

Akhirnya beliau diselamatkan dengan bantuan gurunya di sekolah menegah.

 

Satria telah membaca respons dari kerajaan Malaysia yang menegaskan perlu memberi penerangan mengenai langkah serta perancangan kerajaan untuk memperbaiki kedudukan Malaysia dalam laporan tersebut.

 

Masalahnya, adakah penjelasan itu berkesan? Mengapa Amerika berhak menyifatkan keadaan hak asasi manusia di negara lain?

 

Cuba tengok pengalaman China.

 

Dalam beberapa tahun ini, China tiba-tiba didakwa keras atas masalah hak asasi manusia mengenai etnik Uygur di Xinjiang China. Menurut laporan media Barat dan beberapa institut pengajian, jutaan Uygur berada dalam kem tahanan, jutaan lagi menjadi buruh paksaan di kilang, jutaan lagi menjadi hamba petani dalam ladang kapas.

 

Masalahnya, meskipun menambah dengan pesat pada puluhan tahun ini, namun jumlah keseluruhan populasi etnik Uygur masih kekal sekitar 10 juta di sini.

 

Ini matematik yang mudah, kalau dicampur tolak dengan semua jutaan angka tersebut, masih wujud ke Uygur yang bebas? Di mana ada penindasan, di sana ada perlawanan. Xinjiang mesti menjadi tempat yang kacau dan penuh kebencian.

 

Tapi faktanya Xinjiang menjadi destinasi pelancongan paling hangat pada musim panas ini. Ia juga berjaya menarik kira-kira 200 juta pelancong pada tahun lalu.

 

China membuat banyak penjelasan, tapi Barat terlalu mahir untuk menghitam satu negara dengan fitnah. “Institut” dan “pakar” disokong dana Amerika seperti Adrian Zenz dan Australian Strategic Policy Institute (ASPI) mengeluarkan “laporan” yang tertulis dalam pejabat saja, media arus utama yang terkawal oleh Barat terus membesar-besarkan, seterusnya beberapa NGO seperti Better Cotton Initiative (BCI) menyeru semua syarikat menolak kapas dari Xinjiang.

 

Hingga tahap ini, suasana sudah cukup untuk kerajaan Amerika muncul secara rasmi mengenakan tindakan menyasarkan China. Beberapa Senator mengeluarkan rang undang-undang menyasarkan China, dan segera diluluskan untuk melarang import semua barangan dari Xinjiang.

 

Tapi cuba fikir, semua produk dari Xinjiang dikenakan sekatan, rezeki penduduk Xinjiang terjejas, adakah ini boleh membantu memperbaiki hak asasi manusia di sana?

 

Tujuan Amerika hanya mengganggu pembangunan China saja, manakala kehidupan penduduk di Xinjiang, tak kira apa etniknya sekali pun bukan keutamaan mereka.

 

Begitu juga apa yang dikatakan pemerdagangan manusia di Malaysia, Vietnam, Kemboja ataupun Brunei. Penjelasan tidak membantu membersihkan fitnah. Yang mereka mahu hanyalah untuk berlutut di depan agenda politik Amerika.

 

Ataupun kita boleh bersatu padu melawan “Justice League” yang dimainkan oleh pelakon utama Amerika dan beberapa pengikutnya.

 

Kita boleh menegaskan sikap dengan satu suara, iaitu setiap negara ada masalah hak asasi manusia sendiri, termasuk Amerika. Yang penting, adakah pihaknya berusaha memperbaikinya. Amerika tidak berhak menjadi "polis dunia", apatah lagi "vigilante" untuk mengadili dan menghakimi hak asasi manusia negara lain.