Jepun Digesa Betulkan Kesalahan dalam Isu Taiwan

2022-07-26 14:31:28  cri
Share with:

Hanya satu China di dunia, Taiwan ialah sebahagian daripada China. Isu Taiwan hal ehwal dalaman China, dan campur tangan pihak luar adalah tidak dibenarkan. Demikian ditekankan oleh Zhu Fenglian, jurucakap Pejabat Hal-Ehwal Taiwan Dewan Negara China pada 25 Julai.

"Kenyataan mengenai isu Taiwan dalam Kertas Putih Pertahanan kerajaan Jepun tidak bertanggungjawab. Ia membesar-besarkan ancaman ketenteraan, mengabaikan fakta bahawa Taiwan ialah sebahagian daripada China, dan mengabaikan bahawa isu Taiwan ialah hal ehwal dalaman China. Kertas Putih Pertahanan Jepun ini melanggar asas hubungan antarabangsa dan membelakangi perjanjian politik antara China dengan Jepun," kata beliau.

Zhu Fenglian mengkritik tindakan pihak Jepun telah melanggar prinsip satu China dan mengeluarkan isyarat salah kepada kumpulan 'pemisah Taiwan'. Beliau menyatakan rasa tidak puas hati dan bantahan keras China dalam perkara ini.

Beliau mengatakan bahawa penjajah Jepun telah melakukan banyak jenayah terhadap penduduk Taiwan dalam sejarah penjajahannya selama 50 tahun di Taiwan. 

"Kami mengingatkan Jepun bahawa Taiwan adalah milik China, dan kerajaan Jepun tidak berhak bersuara dalam isu ini. Sebagai sebuah negara yang berhutang dalam isu Taiwan, apa yang perlu dilakukan oleh Jepun adalah mengambil pengajaran daripada sejarah dan mengendalikan isu berkaitan Taiwan dengan lebih berhemah dan betul,"kata Zhu Fenglian.

Beliau juga berkata China meminta pihak Jepun merenung kesalahannya, mematuhi perjanjian politiknya dengan China dan membetulkan kesalahannya segera."