Inap Desa di Pinggir Tasik Haokun yang Indah
2022-07-26 10:45:57 CRI
Kawasan peranginan Tasik Haokun terletak di kampung Haokun, kaunti Lingyun, wilayah Guangxi. Penduduk tempatan kebanyakannya adalah etnik Zhuang dan etnik Yao.
Keindahan pemandangan kawasan tersebut dilihat sebagai sumber pelancongan yang melimpah. Kerajaan tempatan selama ini giat memperincikan pembinaan kemudahan di tapak peranginan di samping menggalakkan penduduk tempatan membuka kedai, restoran dan hostel untuk menjana pendapatan.