"Sasarkan China Lebih Penting Berbanding Antikeganasan"?

2022-07-26 15:20:51  CRI
Share with:

Ketua Pengarah Perkhidmatan Perisikan Rahsia (SIS) Britain, atau lebih dikenali dengan namanya MI6, Richard Moore baru-baru ini ketika diwawancara menyatakan bahawa China telah menjadi tugas perisikan utamanya, lebih penting berbanding dengan usaha antikeganasan.

Beliau juga mendakwa bahawa dunia Barat perlu memberikan isyarat kepada China iaitu "mengambil alih semula Taiwan menggunakan cara ketenteraan akan mengundang akibat yang buruk".

Ini kali pertama ketua risikan Britain itu menerima wawancara di luar negara. Tidak hairanlah mengapa beliau ingin 'meninggalkan suaranya' di arena antarabangsa. Semua rakyat Britain tahu bahawa Moore amat mahu menjadi tular. Tetapi menyebarkan khabar angin tidak akan mencapai matlamatnya. Moore menggembar-gemburkan teori 'ancaman China' sebenarnya adalah hendak menghitamkan nama China dan pasti akan gagal.

Menurut statistik Kementerian Pertahanan China pada Mei, China telah mengerahkan kira-kira 50 ribu anggota tentera untuk menyertai 25 misi pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam lebih 30 tahun lalu. Seramai 16 tentera China mengorbankan nyawa dalam misi tersebut. Sehingga akhir Mei lalu, seramai 2,240 anggota tentera China menjalankan misi pengaman di tujuh kawasan dan ibu pejabat PBB. China ialah negara anggota tetap Majlis Keselamatan PBB yang menghantar tentera paling ramai untuk misi pengaman.

Selain itu, pasukan pengaman China banyak kali dianugerahkan pingat PBB dan dianggap sebagai 'faktor dan tenaga kunci dalam misi pengaman'.

Walau bagaimanapun, Britain sudah lama bersubahat dengan sekutunya, Amerika Syarikat (AS) untuk menyusup dan menceroboh negara lain sesuka hati, mengakibatkan konfrontasi serta huru-hara di pelbagai negara dan kawasan di dunia. Ia menjadi ancaman yang sebenar bagi kedamaian dunia.

Moore dan rakan-rakannya dari AS hendak menggembar-gemburkan isu Selat Taiwan untuk menarik perhatian. Tindakan ini upama bermain api. Taiwan merupakan wilayah China yang tidak boleh dipisahkan. Penyatuan semula China merupakan trend yang tidak dapat dihalang oleh mana-mana pihak. China komited mewujudkan penyatuan semula negara di samping dengan teguh membela kedaulatan, keselamatan dan keutuhan wilayah negara. China tidak mengizinkan mana-mana pihak memisahkan Taiwan dari China dalam apa juga cara. Moore dan kumpulan kepentingan yang diwakilinya dituntut jangan menggembar-gemburkan isu Taiwan. Jika tiak, mereka akan menanggung akibat yang buruk.