Lawat Paksi Tengah Beijing Bersama Burung Layang-layang

2022-07-26 11:56:23  CRI
Share with:

Layang-layang, sejenis burung pemangsa serangga yang terbang pantas, kerap singgah di celah-celah bangunan purba di Paksi Tengah Beijing sehingga menjadi pemandangan unik tempatan khususnya pada April hingga Ogos setiap tahun.

Bermula dari Menara Dram dan Menara Loceng di sebelah utara, berakhir di Gerbang Yongding di sebelah selatan, Paksi Tengah Beijing menjadi paksi bandar terpanjang di dunia dengan panjang berukuran 7.8 kilometer.

Permohonan Paksi Tengah itu untuk disenaraikan sebagai Tapak Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) turut menjadi tumpuan ramai dalam Forum Budaya Beijing edisi pertama yang berlangsung pada 25 hingga 26 Julai.

Jom ikuti ‘penduduk lama’ burung layang-layang untuk menghayati keunikan Paksi Tengah Beijing.