Hubungan Persahabatan China-Indonesia Sesuai Kepentingan Rantau dan Dunia: Xi
Presiden China, Xi Jinping mengadakan rundingan dengan rakan sejawatnya dari Indonesia, Joko Widodo di Diaoyutai State Guesthouse (DSG) di Beijing, petang Selasa.
Xi menyatakan bahawa Joko Widodo ialah pemimpin negara luar pertama yang mengadakan lawatan ke China selepas Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing. Lawatan ini mencerminkan keakraban hubungan antara China dengan Indonesia.
"Dalam beberapa tahun ini, hubungan antara China dengan Indonesia berkembang baik, menunjukkan daya tahan dan kedinamikan yang kuat. Perkembangan baik hubungan China-Indonesia bukan sahaja sesuai dengan kepentingan bersama kedua-dua negara dalam jangka masa panjang, malah memberi kesan positif di peringkat serantau dan dunia.
"Saya bersedia bekerjasama dengan Presiden Joko Widodo untuk merangka cetak biru hubungan China-Indonesia, memberi manfaat kepada rakyat kedua-dua negara, bersama-sama memperkukuh tadbir urus global, dan memberi sumbangan yang lebih besar kepada keamanan dan kestabilan serantau dan dunia." kata Xi.