Indeks Keyakinan Pengguna AS Catat Paras Paling Rendah

2022-07-27 14:23:42  CRI
Share with:

The Conference Board mengeluarkan laporan pada Selasa yang menunjukkan bahawa indeks keyakinan pengguna (CCI) Amerika Syarikat (AS) mencatat 95.7 mata pada Julai, menurun 2.7 mata berbanding Jun, sekali gus mencecah paras paling rendah sejak Februari 2021.

Laporan itu menyebut, penurunan CCI selama tiga bulan berturut-turut mencerminkan kebimbangan terhadap inflasi turut memberikan tekanan kepada pengguna. Keinginan pengguna untuk membeli kereta, rumah dan peralatan elektrik menurun semula sejak Rizab Persekutuan (Fed) menaikkan kadar faedah bagi mengawal inflasi pada Julai ini.

Laporan itu meramalkan bahawa inflasi dan kenaikan kadar faedah kemungkinan menjadi faktor utama yang menghalang perbelanjaan pengguna dan pertumbuhan ekonomi dalam tempoh enam bulan akan datang.