Jasad Manusia Ditemui di Tasik Mead

2022-07-27 14:21:50  CRI
Share with:

Paras air di Tasik Mead, Nevada, kolam takungan paling besar di Amerika Syarikat (AS) semakin surut akibat kemarau baru-baru ini. Jasad manusia ditemui kerana penurunan paras air itu.

Menurut laporan media tempatan, pekerja menemui sebuah jasad manusia pada petang Isnin. Ini jasad manusia ketiga yang ditemui di kawasan tasik itu dalam masa tiga bulan lalu. Pihak-pihak berkaitan sedang menjalankan siasatan.

Sebelum ini, pekerja telah menemui satu mayat manusia dalam sebuah tong minyak pada Mei lalu. Polis mengesahkan bahawa mangsa itu mati pada tahun 1970-an hingga 1980-an akibat tembakan di bahagian kepala.

Menurut polis tempatan, seiring dengan penurunan paras air, lebih banyak jasad manusia mungkin akan ditemui.