75 Peratus Pengundi Parti Demokratik Tidak Mahu Biden Berkempen 2024

2022-07-27 13:41:12  CRI
Share with:

Menurut keputusan tinjauan pendapat terkini oleh CNN Amerika Syarikat (AS), 75 peratus responden dari Parti Demokratik atau penyokong parti itu berharap calon lain boleh menggantikan Joe Biden untuk bertanding dalam pilihan raya presiden 2024. Kadar ini banyak naik berbanding Februari tahun ini, iaitu 51 peratus.

Hasil tinjauan itu mendapati bahawa antara responden yang mahu calon lain bertanding, 24 peratus berpendapat Biden tidak akan menang, dan 32 peratus tidak mahu Biden meneruskan penggal keduanya.

Sementara itu, 25 peratus responden berharap Biden kekal sebagai calon Parti Demokratik untuk bertanding, dan kadar ini mencatatkan 45 peratus pada Februari lalu.