Wang Yi Lawat Uzbekistan, Kyrgyzstan dan Tajikistan

2022-07-27 17:43:10  cri
Share with:

Ahli Dewan Negera dan Menteri Luar China, Wang Yi akan menghadiri mesyuarat Majlis Menteri Luar Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) yang diadakan di Uzbekistan pada 28 hingga 29 Julai.

Selepas itu, beliau akan mengadakan lawatan rasmi ke Uzbekistan, Kyrgyzstan dan Tajikistan.

Jurucakap Kementerian Luar China, Zhao Lijian dalam sidang taklimat pada 26 Julai berkata, lawatan Wang Yi adalah atas undangan Pemangku Menteri Luar Uzbekistan Vladimir Norov, Menteri Luar Kyrgyzstan, Jeenbek Kulubaev, dan Menteri Luar Tajikistan, Sirodjidin Mukhriddin.