China-Indonesia Berusaha Jayakan Sidang Kemuncak G20

2022-07-27 14:37:07  CRI
Share with:


Malam tadi, Puan Peng Liyuan telah dikunjungi Iriana di Wisma Tetamu Negara Diaoyutai di Beijing.

 

First Lady dari China dan Indonesia kelihatan sangat gembira kerana bertemu lagi dan mereka bersama-sama menikmati persembahan “Yu Zhou Chang Wan”, irama tradisional China serta lagu klasik Indonesia “Sing Sing So”.

 

Kedua-dua melodi ini berkaitan dengan perahu, manakala perahu juga yang mendekatkan kedua-dua negara dalam sejarah.

 

Memandang ke masa depan, kedua-dua negara juga mampu berlayar bersama mengikuti Laluan Sutera Maritin dan Poros Maritim Dunia.

 

Selepas melawat ke Ukraine dan Rusia, Presiden Indonesia Joko Widodo pula melawat ke China. Ini tentunya memperlihatkan usaha Indonesia sebagai tuan rumah untuk menjayakan Sidang Kemuncak G20 yang bakal diadakan di Bali pada November nanti.

 

Seperti apa yang dinyatakan oleh Menteri Luar Negeri Indonesia, Retno Lestari Priansari Marsudi baru-baru ini, dunia kini penuh dengan persaingan yang tidak sihat dan multilateralism turut terjejas.

 

Kata beliau, Indonesia akan lebih aktif menjunjung semangat kerjasama, perpaduan dan kedamaian.

 

Inilah suara Asia yang sebulat untuk menangani situasi global yang rumit buat masa ini. Ini selaras dengan semangat “keluarga dunia” dan juga “komuniti berkongsi nasib sesama insan”.

 

Berdasarkan pengalaman kita dalam mesyuarat Menteri Luar G20 yang baru diadakan di Indonesia, terdapat satu unsur yang berkemungkian mengganggu G20 membuahkan pencapaian yang kondusif, iaitu anggota G7 hanya berminat menggunakan platform ini meneruskan pertentangan dengan Rusia saja.

 

China telah jelas menyatakan sokongan terhadap usaha Indonesia menggalakkan kerjasama multilateral dan pentadbiran global yang lebih adil.

 

Indonesia juga akan menjadi pengerusi bergilir ASEAN pada tahun depan, dan sudah pasti kedua-dua pihak mempunyai banyak topik untuk dibincangkan bagi menggalakkan kerjasama serantau, termasuk kesihatan awam dan pemulihan ekonomi.

 

Wabak COVID-19 belum berakhir, ia dijangka hidup bersama dengan kaum manusia dalam jangka panjang. Ramai orang berfikir COVID-19 kini “flu besar” saja, tapi ini juga adalah kerana penggunaan vaksin secara besar-besaran menyediakan perlindungan yang berkesan. Pemvaksinan rutin diperlukan oleh setiap negara.

 

Indonesia antara negara yang paling awal mengadakan kerjasama vaksin dengan China. Baru-baru ini kedua-dua pihak juga mengumumkan akan bekerjasama mengeluarkan vaksin mRNA. Teknologi China akan dibawa ke Indonesia dan membina pusat pengajian bersama di negara itu, supaya terus menyokong Indonesia menjadi pusat pengeluaran vaksin di ASEAN.

 

Kerjasama ini akan menyediakan asas kukuh bagi pemulihan sosioekonomi serantau.

 

Selain itu, HSR Jakarta-Bandung yang menggunakan standard, teknologi dan fasiliti China dijangka siap dibina pada bulan Jun tahun depan. China juga secara aktif menyertai pembinaan ibu negara baharu dan taman perindustrian Kalimantan utara Indonesia, meneroka bidang kerjasama yang mendahului dunia seperti ekonomi digital dan pembangunan hijau.

 

Seperti lagu berkisarkan ‘perahu’ yang didedangkan dalam pertemuan antara Peng Liyuan dan Iriana, dengan panduan dasar yang selaras dan kerjasama yang kondusif, China dan Indonesia ibarat dua perahu yang berlayar bersama-sama menuju arah yang sama, iaitu menjayakan kemakmuran serantau dan melantang suara Asia di arena antarabangsa.