Berbasikal Keliling Tasik Sayram Sambil Nikmati Pemandangan Indah

2022-07-27 12:50:32  CRI
Share with:

Perlumbaan Basikal Lebuh Raya Keliling Tasik Sayram ke-14 melabuhkan tirainya di wilayah Xinjiang, China pada Selasa.

Sepanjang perlumbaan selama lima hari, para peserta berpeluang menikmati pemandangan indah Xinjiang kala musim panas, termasuk gunung salji, gobi, padang rumput, tanah lembap, dan tasik alpine.

Selepas mengharungi pertandingan penuh mencabar dan menghiburkan, seramai 170 pengayuh akhirnya menamatkan perlumbaan sejauh 420 kilometer itu.

Melalui perkembangan selama 14 tahun, perlumbaan tersebut kini menjadi salah satu acara berbasikal lebuh raya amatur yang paling berprestij di China.