China akan Hulurkan Bantuan kepada Filipina yang Dilanda Gempa Bumi

2022-07-28 12:30:21  CRI
Share with:

China memberikan perhatian tinggi terhadap bencana gempa bumi yang melanda Filipina, serta situasi keselamatan individu dan pertubuhan China di negara itu. China bersedia menghulurkan sokongan dan bantuan yang diperlukan kepada negara itu.

Demikian ujar jurucakap Kementerian Luar China, Zhao Lijian di Beijing semalam.

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Pengurangan Bencana Kebangsaan Filipina pagi tadi, setakat pukul 6.00 pagi tadi, gempa bumi berukuran 7 pada skala Richter di provinsi Abra menyebabkan 4 orang maut, 131 lagi cedera dan 12,945 menjadi mangsa.