Xi Anugerahkan Pingat 1 Ogos Kepada Anggota Tentera Cemerlang

2022-07-28 13:47:46  CRI
Share with:

Bersempena ulang tahun ke-95 penubuhan Tentera Pembebasan Rakyat (PLA) China, Suruhanjaya Ketenteraan Pusat menganjurkan upacara penganugarahan Pingat 1 Ogos dan bendera kehormat di Beijing pada Rabu lalu.

Presiden Xi Jinping menganugerahkan Pingat 1 Ogos kepada tiga anggota PLA cemerlang, iaitu Du Fuguo, Qian Qihu, dan Nie Haisheng. Sebuah batalion peluru berpandu darat ke udara dari angkatan tentera udara dianugerahkan bendera kehormat.