Ekonomi AS akan Merosot: Ahli Ekonomi

2022-07-28 14:21:22  cri
Share with:

Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) dua kali menaikkan kadar faedah asas sebanyak 75 mata dalam tempoh dua bulan lalu, untuk mengawal inflasi yang melambung tinggi. 

Pakar ekonomi negara itu mengulas bahawa usaha untuk menangani inflasi kemungkinan akan melambatkan pertumbuhan ekonomi, memburukkan lagi tekanan kewangan rakyat AS, serta meningkatkan potensi risiko kemerosotan ekonomi.

Fox News dalam portalnya melaporkan bahawa keadaan ekonomi AS semakin rumit. Jumlah orang yang bergantung pada subsidi pengangguran kian meningkat, banyak syarikat memberhentikan kakitangan atau mengumumkan tidak lagi mengambil kakitangan baharu, dan pasaran haratanah semakin lembap. Walau bagaimanapun, kadar pengangguran di negara itu semakin menghampiri paras yang paling rendah dalam sejarah, dan pengguna masih berbelanja besar walaupun inflasi tinggi.

Pakar ekonomi dan firma pelabur meramalkan bahawa ekonomi AS akan mengalami kemerosotan pada tahun ini atau tahun depan.