Pemeliharaan Lebah di Shannan yang Beraltitud 3,650 Meter

2022-07-28 10:55:44  CRI
Share with:


Sejumlah pekerja kelihatan sedang mengambil madu lebah di satu pangkalan pemeliharaan yang beraltitud 3,650 meter yang terletak di Shannan, wilayah Tibet.

Program tersebut hasil kempen membantu Tibet yang dilaksanakan pasukan kerja kumpulan ke-9 tajaan kerajaan bandar Changsha, provinsi Hunan.


Sejak Mei 2020, seramai 358 orang etnik Tibet dilaporkan mendapat kerja sepanjang proses pembinaan kemudahan yang berkenaan termasuk 8 pangkalan contoh pemeliharaan lebah yang sudah siap dibina dan mula beroperasi, dan selanjutnya menyaksikan jumlah penjualan madu mencapai RMB8 juta (RM5 juta) pada tahun pertama selepas urus niaga mereka dimulakan.