Ekonomi AS Merosot 0.9 Peratus S2

2022-07-29 13:13:53  CRI
Share with:

Menurut statistik Jabatan Perdagangan Amerika Syarikat (AS) yang diumumkan pada Khamis lalu, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara itu jatuh sebanyak 0.9 peratus pada suku kedua tahun ini. Ini adalah penguncupan selama dua suku tahun cara berturut-turut.

Untuk membendung inflasi, Rizab Persekutuan (Fed) telah menaikkan julat sasaran kadar faedah dana persekutuan. Oleh itu, pelaburan oleh syarikat dan pasaran hartanah terus merosot, menyebabkan ekonomi AS menguncup pada suku kedua.