Komplot AS di Laut China Selatan Pasti akan Gagal
Namun, AS yang menceroboh kedaulatan dan keselamatan China, dan menjejaskan keamanan dan kestabilan di Laut China Selatan dengan sengaja mengutuk China sebagai "agresif". Selain itu, AS juga melaga-lagakan hubungan China dengan negara-negara jiran di Laut China Selatan dan ingin mencetuskan kekacauan di rantau ini.
Sekarang, Laut China Selatan telah menjadi medan penting bagi AS untuk mengekang China di samping memelihara hegemoninya.
Laut China Selatan bukanlah "medan pertempuran" untuk kuasa besar bersaing. Pada tahun-tahun kebelakangan ini, atas usaha bersama China dan negara-negara ASEAN, situasi di rantau tersebut kekal aman. Adalah jelas bahawa AS yang sering mengutuk pihak lain sebagai "ancaman besar" sebenarnya pencetus huru-hara dan betul-betul mengancam kedamaian dan kestabilan di Laut China Selatan bahkan rantau Asia.
Semasa lawatan Presiden Indonesia, Joko Widodo ke China, kedua-dua negara memutuskan untuk meningkatkan komunikasi dalam bidang maritim, melaksanakan projek kerjasama laut dan menandatangani dokumen kerjasama dalam pelbagai bidang termasuk laut.
Seperti yang disebut oleh Menteri Pertahanan Indonesia, Prabowo dalam Dialog Shangri-la yang diadakan pada Jun lalu, "Indonesia tidak akan mengambil bahagian dalam apa jua pakatan ketenteraan" dan "penyelesaian isu serantau patut mengikut cara Asia."
Kenyataan pegawai Indonesia tersebut mencerminkan suara bersama negara-negara berkepentingan di Laut China Selatan.
Tahun ini merupakan ulang tahun ke-20 penandatanganan Deklarasi Tatalaku Pihak-pihak Berkepentingan di Laut China Selatan (DoC). Sepanjang 20 tahun ini, semua pihak telah mematuhi peraturan DoC dan bersama-sama menjaga keamanan dan kestabilan di Laut China Selatan, mengekalkan kebebasan dan keselamatan pelayaran di laut tersebut. Kini, negara-negara di rantau ini mampu menyelesaikan isu-isu berkaitan. Komplot AS yang ingin mencetuskan kekacauan di rantau ini pasti akan gagal.