Wang Yi Bertemu Sergei Lavrov

2022-07-30 15:13:08  cri
Share with:

Ahli Dewan Negara dan Menteri Luar China, Wang Yi bertemu dengan Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov sempena menghadiri Mesyuarat Menteri Luar Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) di Tashkent, Uzbekistan pada 28 Julai.

Wang Yi mengatakan bahawa tahun ini ialah ulang tahun ke-20 Piagam Pertubuhan Kerjasama Shanghai dan ulang tahun ke-15 Perjanjian Persahabatan Jangka Panjang Negara-negara Anggota Pertubuhan Kerjasama Shanghai. China bersedia mengukuhkan perpaduan dan kerjasama dengan negara-negara anggota SCO termasuk Rusia, untuk menjadikan SCO sebagai tonggak untuk mempertahankan keadilan antarabangsa, faktor kestabilan untuk menjaga keamanan serantau dan dunia, serta enjin penting dalam mendorong pemulihan pasca wabak.

Lavrov berkata bahawa hubungan Rusia-China yang berjaya mengatasi ujian dan cabaran situasi antarabangsa kian diperkukuh. Rusia bersedia untuk mengekalkan pertukaran lawatan peringkat tinggi dengan China dan mempergiat kerjasama kedua-dua negara dalam pelbagai bidang.

Kedua-dua pihak juga bersetuju untuk meningkatkan penyelarasan inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) dengan Kesatuan Ekonomi Eurasia, demi mendorong kesalinghubungan serantau dan pembangunan bersama.