Bersatu Padu Wujudkan Kebangkitan Semula Bangsa China: Xi

2022-07-31 13:36:05  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping menegaskan bahawa usaha harus dilakukan untuk menggalakkan perpaduan rakyat China di dalam dan luar negara, menggembleng tenaga untuk mewujudkan kebangkitan semula bangsa China.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada sidang kerja barisan bersatu Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) yang diadakan di Beijing pada 29 hingga 30 Julai lalu.

Xi Jinping menyatakan, tahun ini ialah ulang tahun ke-100 dasar barian bersatu yang dianjurkan PKC. Kita perlu mempertahankan hala tuju pembangunan barisan bersatu patriotik dan memahami orientasi sejarah barisan bersatu patriotik pada era baharu.

Beliau menyatakan, misi asas barisan bersatu patriotik pada era baharu adalah mempertahankan sosialisme berciri China pada era baru sebagai panduan, mengekalkan kepimpinan PKC dan jalan sosialisme berciri China.

Kita patut menjunjung tinggi panji-panji patriotisme dan sosialisme, mengimbangi persamaan dengan diversiti, menumpukan tugas utama, berkhidmat untuk kepentingan umum, mengikuti perkembangan sezaman, berinovasi berdasarkan hasil yang sedia tercapai.

Pada masa yang sama, kita perlu mengukuhkan bimbingan ideologi politik, memainkan peranan politik yang menyatukan hati dan tenaga rakyat, meningkakan keharmonian hubungan antara parti, etnik, agama, lapisan masyarakat dan saudara dari dalam dan luar negara, menggalakkan seluruh rakyat di dalam dan luar negara bersatu untuk berjuang, mengumpulkan kekuatan untuk membina negara moden yang kuat secara komprehensif dan mewujudkan kebangkitan semula bangsa China.