Xi Ucap Simpati kepada Marcos atas Bencana Gempa Bumi Filipina

2022-07-31 13:34:33  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping mengutus perutusan simpati kepada Presiden Filipina, Ferdinand Romualdez Marcos atas gempa bumi dahsyat yang melanda negara itu semalam.

Xi dalam perutusannya menyatakan bahawa beliau terkejut apabila mengetahui gempa bumi melanda Filipina dan menyebabkan kehilangan nyawa dan kerugian harta benda. Beliau mewakili kerajaan dan rakyat China menyampaikan takziah kepada waris mangsa korban dan mengucapkan rasa simpati kepada mangsa cedera.  

Beliau percaya bahawa di bawah pimpinan Presiden Marcos dan kerajaan Filipina, penduduk di kawasan terjejas pasti akan mengatasi bencana itu dan membina semula kampung halaman mereka.