Israel Sekat Kutipan Cukai Palestin

2022-08-01 14:39:43  CRI
Share with:

Kerajaan Israel pada Ahad memutuskan untuk menyekat pemindahan wang cukai bernilai kira-kira 600 juta shekel (USD176 juta) kepada Palestin.

Keputusan itu dikatakan sebagai hukuman terhadap tindakan negara berkenaan mengagihkan bayaran berjumlah sama kepada tahanan dipenjarakan di Israel pada 2021.

Difahamkan, cukai tersebut akan ditolak daripada kutipan bulanan dalam 12 ansuran pada 2023.

Dalam pada itu, jurucakap Pejabat Presiden Palestin, Nabil Abu Rdainah mengutuk keras keputusan Israel seumpama.

Katanya, keputusan itu adalah tidak bertanggungjawab, malah membelakangi undang-undang antarabangsa. 

"Masyarakat antarabangsa harus mengenakan tekanan ke atas Israel dan menuntut negara itu menghentikan‘tindakan provokatif sedemikian,”ujarnya.