AS Digesa Jangan Jejas Rantai Bekalan Global

2022-08-01 12:21:14  CRI
Share with:

China akan mengambil langkah tegas untuk melindungi hak dan kepentingan sah sendiri apabila diperlukan.

Pendirian itu ditegaskan Kementerian Perdagangan China susulan kelulusan Akta Cip dan Sains oleh Kongres Amerika Syarikat (AS).

Dilaporkan, akta tersebut bertujuan mengukuhkan kedudukan AS dalam bidang cip dan bersaing dengan China. Ia memberikan subsidi besar kepada pemain industri cip tempatan, dan merupakan program insentif yang menonjolkan kelainan ketara.

Sesetengah peruntukan didapati mengehadkan aktiviti perdagangan dan pelaburan syarikat berkaitan di China, yang bakal menjejaskan rantai bekalan semikonduktor global dan mengganggu perdagangan antarabangsa.

China menggesa AS supaya memastikan pelaksanaan akta berkenaan serasi dengan peraturan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) serta prinsip terbuka, telus dan tanpa diskriminasi.