Presiden AS Positif COVID-19 Lagi
2022-08-01 12:31:33 CRI
Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden disahkan positif COVID-19 sekali lagi pada pagi Ahad dan kini sedang menjalani kuarantin kendiri.
Menurut kenyataan Rumah Putih, pasukan perubatan akan terus memantau kesihatan beliau setiap hari.
Biden didapati positif COVID-19 pada 21 Julai, kemudian diuji negatif dan dibebaskan daripada kuarantin pada 27 Julai.