Lebuh Raya Nairobi Mula Operasi Secara Rasmi

2022-08-01 13:50:54  CRI
Share with:

Lebuh raya Nairobi yang dibangunkan oleh Syarikat Pembinaan Jalan dan Jambatan China (CRBC) akan memanfaatkan rakyat dan menjana pembangunan Kenya. 

Demikian dinyatakan Presiden Kenya, Uhuru Kenyatta ketika menghadiri majlis perasmian lebuh raya itu pada Ahad.

Jalan bertol sepanjang 27.1 kilometer itu menyambungkan Lapangan Terbang Antarabangsa Jomo Kenyatta, Kawasan Perniagaan Pusat Nairobi, Pejabat Presiden dan tempat-tempat lain. Ia akan memendekkan masa perjalanan dalam bandar terbabit dengan ketara.

Sejak operasi percubaan pada 14 Mei, lebih dua juta kenderaan telah melalui jalan raya ekspres itu.

Projek tersebut dijalankan mengikut mod kerjasama ‘bina-operasi-serah’. Selepas tempoh operasi selama 30 tahun tamat, keseluruhan lebuh raya termasuk peralatan dan teknologi berkenaan akan diserahkan kepada kerajaan Kenya secara percuma.