Minggu Sains Teknologi Kenderaan Pintar China Pamer Lebih 100 Teknologi Baharu

2022-08-02 15:03:11  CRI
Share with:


Pelbagai teknologi baharu yang melibatkan kenderaan pintar ditonjolkan ketika berlangsungnya Minggu Sains Teknologi Kenderaan Pintar China 2022 mulai Isnin, di sini.

 

Pada acara tiga hari itu, lebih 50 perusahaan membawa lebih 100 jenis teknologi dan produk baharu yang merangkumi teknologi pemanduan automatik, rangka kenderaan dan kerusi pintar, penerokaan serta ujian model simulasi bagi mempamerkan teknologi rantai industri sektor kenderaan pintar secara menyeluruh.

 

Di kawasan pameran bahagian luar pula, terdapat kawasan khusus untuk mempamerkan teknologi pemanduan automatik melalui kawalan awan Internet yang pertama di dunia.

 

Menurut wakil Kementerian Teknologi Informasi dan Industri (MIIT), jarak jalan yang dilakukan ujian pemanduan automatik di China kini melebihi 5 ribu kilometer, dengan lebih 900 lesen ujian turut diluluskan.

 

Pada masa akan datang, China akan mendorong penggubalan undang-undang serta peraturan berkenaan dari segi pengawalan lalu lintas, peta, insurans dan kewangan.

 

Di samping itu, pengajian teknologi penting dalam wahana komputer, sistem kawalan, keselamatan data dan siber juga akan terus dipergiat bagi mendorong pembangunan berkualiti tinggi dalam bidang kenderaan pintar.