Negara Anggota RCEP Aktif Sertai Ekspo Penggunaan Antarabangsa China

2022-08-02 12:06:13  CRI
Share with:

Ekspo Penggunaan Antarabangsa China 2022 diadakan di Haikou, ibu kota provinsi Hainan di selatan China pada 25 hingga 30 Julai lalu. Negara-negara anggota Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) termasuk Malaysia, Indonesia, Singapura, Jepun, Korea Selatan, Thailand dan Laos menyertai ekspo kali ini. Ruang pameran RCEP seluas 6,000 meter persegi, bersamaan sebuah padang bola sepak standard. Barang-barang yang dipamerkan menunjukkan kelebihan perindustrian negara-negara RCEP seperti sains dan teknologi elektrik, fesyen, makanan penjagaan kesihatan dan sebagainya.