Jepun Digesa Henti Hasut Perselisihan

2022-08-02 13:29:57  CRI
Share with:

Jepun harus menggalakkan perkembangan hubungan yang sihat dan stabil dengan China melalui tindakan konkrit, bukannya berdegil mencetuskan masalah dan menghasut perselisihan di rantau Asia Pasifik demi kepentingan diri. 

Demikian ujar jurucakap Kementerian Luar China Zhao Lijian ketika mengulas laporan bahawa Menteri Luar Jepun Yoshimasa Hayashi dalam lawatannya ke Amerika Syarikat (AS) mutakhir ini meluahkan ‘kebimbangan’ terhadap isu-isu seperti hubungan China-Rusia, Laut China Selatan, Laut China Timur dan Selat Taiwan.  

Zhao berkata, Jepun berulang kali memburuk-burukkan aktiviti ketenteraan dan maritim biasa China, mencampuri urusan dalaman dan menghasut perpecahan serta konfrontasi di rantau berkenaan. Ini bukanlah kelakuan yang konstruktif.

Beliau mengulangi bahawa China komited menempuh jalan pembangunan secara damai dan strategi nuklear bersifat defensif.

“Kerjasama ketenteraan China-Rusia adalah selaras dengan undang-undang dan amalan antarabangsa, tidak menyasarkan mana-mana negara tertentu.  

“Taiwan sebahagian wilayah China yang tidak boleh dipisahkan. Masalah Taiwan merupakan urusan dalaman China yang menolak sebarang campur tangan luar,” tegas Zhao semasa taklimat media pada Isnin.

Katanya, Jepun membiarkan kuasa sayap kanan mencetuskan masalah di Laut China Timur, dan menunjuk-nunjuk kekuatannya bersama AS di Laut China Selatan. Kelakuan negara itulah yang menjadi ancaman sebenar kepada keamanan dan kestabilan serantau.