PLA Senantiasa Galas Misi Jaga Keamanan Dunia

2022-08-02 14:56:01  CRI
Share with:

Awal tahun ini, armada tentera laut China belayar sejauh 5,200 batu nautika, mengharungi ribut kencang dan ombak besar untuk menghantar barang bantuan kepada negara kepulauan Pasifik Selatan, Tonga yang dilanda tsunami selepas letusan gunung berapi. 

Dengan penuh terharu dan kesyukuran, Perdana Menteri Tonga, Siaosi Sovaleni berkata bahawa sokongan China itu telah menyelesaikan keperluan mendesak rakyat Tonga dan juga membantu pembangunan semula pasca bencana negaranya. 

Ini merupakan 'epitome' sumbangan dan jasa angkatan tentera China untuk menjaga keamanan dunia.

Tanggal 1 Ogos adalah ulang tahun ke-95 penubuhan Tentera Pembebasan Rakyat (PLA).

PLA, yang mengharungi ujian dan cabaran di medan perang, memahami sukar diperoleh keamanan yang dikecapi hari ini, dan senantiasa menggalas misi untuk mempertahankan kedamaian. 

Sejak penubuhan Republik Rakyat China, PLA sentiasa mengamalkan dasar pertahanan bersifat defensif, tidak pernah mencetuskan peperangan sekali pun, tidak menjajah tanah negara lain walau seinci pun.

Kini, tentera China bukan sekadar menjadi ‘tembok besar keluli’ yang menjaga kedaulatan, keselamatan dan kepentingan pembangunan negara, malah kekuatan teguh untuk mengekalkan keamanan dunia.

Digelar 'elemen dan kekuatan utama misi pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)' , China merupakan negara yang mengerahkan tentera paling banyak untuk misi itu dalam kalangan anggota tetap Majlis Keselamatan (UNSC), dan juga penyumbang kewangan kedua terbesar kepada operasi berkenaan.

Tentera China juga mentakrifkan konsep komuniti berkongsi nasib sesama insan menerusi tindakan praktikal apabila mereka terus-menerus membekalkan produk keselamatan awam kepada masyarakat antarabangsa membabitkan penjagaan keamanan, perlindungan pelayaran, bantuan kemanusiaan dan sinergi membendung pandemik COVID-19. 

Tatkala berdepan pelbagai risiko dan ketidaktentuan, tentera China terus berusaha untuk menggerakkan pelaksanaan Inisiatif Keselamatan global, sekali gus menyuntik kepastian kepada keamanan dunia.