Tema CAEXPO Ke-19 Ditetapkan
'Kongsi Peluang Baharu Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP), Bina Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN (CAFTA) versi 3.0' ditetapkan sebagai tema Ekspo China-ASEAN (CAEXPO) edisi ke-19.
Menurut Sekretariat CAEXPO, tema tahun ini mencerminkan konsensus penting China dan ASEAN untuk melancarkan pembinaan CAFTA versi 3.0 secepat mungkin, sambil melaksanakan RCEP secara berkualiti tinggi.
Ia turut memaparkan penaiktarafan CAEXPO untuk berkhidmat kepada CAFTA versi 3.0 serta kolaborasi di bawah kerangka RCEP.
Tema berkenaan sekali gus mengisytiharkan keazaman CAEXPO kali ini untuk menawarkan peluang baharu kepada semua pihak ke arah situasi menang-menang menerusi kerjasama bertaraf lebih tinggi.
Difahamkan, tema setiap edisi CAEXPO berkait rapat dengan strategi pembangunan utama negara serta tumpuan kerjasama China-ASEAN.