Mungkir Janji, Reputasi AS Terus Bankrap

2022-08-02 21:13:48  cri
Share with:

Prinsip satu China merupakan konsensus bersama masyarakat antarabangsa dan asas politik bagi perhubungan antara China dengan pelbagai negara di dunia, kata ahli Dewan Negara China merangkap Menteri Luar, Wang Yi.

Beliau turut menyifatkan prinsip itu sebagai teras bagi kepentingan teras China, dan garis merah yang tidak boleh dilampaui.

Beliau berkata demikian dalam satu temu bual selepas menghadiri mesyuarat menteri luar Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) dan melawat negara-negara Asia Tengah, hari ini.

Menurutnya, sesetengah individu di AS terus-menerus mencabar kedaulatan China dalam isu Taiwan, mengetepikan dasar satu China, malah sengaja mencetuskan pertikaian di Selat Taiwan.

Kata beliau, dalam lawatan tersebut, pemimpin pelbagai negara melantangkan pendirian mempertahankan dasar satu China dan Taiwan merupakan sebahagian wilayah yang tidak boleh dipisahkan dari China, serta menentang kuasa asing mencampuri urusan dalaman China dengan isu Taiwan.

Beliau membantah amalan keji pihak AS yang memungkiri janji dalam isu Taiwan, sambil menegaskan ia akan menyebabkan reputasi negara itu terus bankrap.