China Ucap Takziah atas Pemergian Bekas Presiden Filipina
2022-08-02 11:34:56 CRI
Bekas Presiden Filipina, Fidel Ramos, seorang negarawan veteran, memberi sumbangan besar kepada perkembangan hubungan China-Filipina.
Demikian ujar jurucakap Kementerian Luar China Zhao Lijian sebagai respons terhadap pemergian bekas ketua negara itu dalam taklimat harian di Beijing pada Isnin.
Zhao berkata, China menzahirkan rasa simpati dan menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Ramos.
Ramos, yang memerintah antara 1992 hingga 1998, meninggal dunia pada usia 94 tahun di sebuah hospital di Manila pada 31 Julai.