Farsa Politik AS Jejas Kedamaian Serantau

2022-08-03 17:52:29  cri
Share with:

Lawatan Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS), Nancy Pelosi ke Taiwan bukan soal demokrasi, tetapi ia berkaitan dengan kedaulatan dan keutuhan wilayah China, kata jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying dalam taklimat media hari ini.

Menurutnya, amalan provokatif Pelosi itu hanya bertujuan mengaut laba politik untuk diri sendiri, dan merupakan farsa politik yang amat keji.

Beliau berkata, demokrasi dijadikan alat murahan AS dalam farsa politik itu. Tingkah laku Pelosi akhirnya akan menjejaskan hubungan kedua-dua negara serta kedamaian dan kestabilan serantau.