Padah Menanti Kacau Keamanan Selat Taiwan

2022-08-03 14:20:01  CRI
Share with:

Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Nancy Pelosi mengadakan lawatan mengejut ke Taiwan pada Selasa, tanpa menghiraukan bantahan keras Beijing.

Ia adalah provokasi politik yang melanggar prinsip satu China dan tiga pengumuman bersama China-AS.

Tindakan Pelosi tersebut menggoyahkan asas politik hubungan dua negara dan mencemarkan kedaulatan negara dan keutuhan wilayah China, dengan sifat yang mengejikan dan kesan yang serius.

Dibuktikan bahawa sesetengah politikus AS yang menyokong aktiviti pemisah menginginkan 'kemerdekaan Taiwan’ merupakan pengacau terbesar yang cuba mengeruhkan keamanan Selat Taiwan dan kestabilan dunia.

China akan mengambil semua langkah yang wajar untuk mempertahankan kedaulatan negara dan integriti wilayah.

Isu Taiwan berkait rapat dengan kepentingan teras China. Berdasarkan tiga pengumuman bersama berkenaan, kerajaan Republik Rakyat China merupakan satu-satunya kerajaan sah yang diiktiraf AS, manakala Taiwan sebahagian wilayah China.

Selaku ahli politik AS berpangkat tinggi, Pelosi pasti mengambil tahu perkara tersebut. Namun, beliau nekad mengambil risiko dengan melakukan provokasi.

Terbawa-bawa oleh kepentingan politik diri, Pelosi mengabaikan sepenuhnya impak tingkah lakunya terhadap hubungan AS-China, keselamatan rantau serta negara AS sendiri.

Sudah tentu Pelosi ada udang di sebalik batu. Pilihan raya pertengahan penggal semakin menjelang tiba, beliau cuba melobi diri bagi meraih undi penyokong Parti Demokrat, dengan mencabar kepentingan teras China.

Dalam konteks ini, rakyat Taiwan merupakan mangsa terbesar. Perkara yang harus dipertimbangkan Pelosi pada ketika ini adalah bagaimana beliau sendiri menjelaskan kesan buruk akibat tindakan provokatifnya kepada Rumah Putih.

Sehubungan itu, asas kerjasama antara kedua-dua negara terus menjadi tanda tanya apabila kunjungan Pelosi tersebut mencabar kepentingan teras Beijing.

Tingkah laku petualang politik AS itu meningkatkan lagi ketegangan di Selat Taiwan dan memberi tamparan hebat kepada ketenteraman Asia Pasifik.

Ia juga membolehkan dunia melihat lebih terperinci wajah sebenar AS yang mengorbankan orang lain demi mengaut laba diri sendiri.

Ingkar janji dan bermain dengan 'dwistandard' hanya akan menjatuhkan kredibiliti AS di persada dunia dan mempercepat berlakunya keruntuhan hegemoni.