AMM Ke-55 Berlangsung di Phnom Penh

2022-08-03 14:31:54  CRI
Share with:

Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN (AMM) ke-55 berlangsung di Phnom Penh pagi tadi.

Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen mempengerusikan majlis perasmian mesyuarat tersebut.

Dalam pada itu, beliau mengemukakan dua saranan yang melibatkan usaha menangani ancaman perubahan iklim dan kerosakan alam sekitar, serta pendekatan ke arah pemulihan daripada pandemik COVID-19.

Menurutnya, kerjasama ASEAN mencapai kejayaan dalam tempoh 55 tahun lalu berdasarkan prinsip bermuafakat dan tidak campur tangan.

Beliau juga menegaskan perlunya mengekalkan perpaduan dan kerjasama, mengelakkan konfrontasi dan memberikan keutamaan kepada kedamaian.