Ikatan Persahabatan China, Kemboja Kekal Utuh
China dan Kemboja komited ke arah memperkukuh ikatan persahabatan tradisional dan memecut pembinaan komuniti berkongsi nasib sesama negara.
Demikian antara hasil pertemuan ahli Dewan Negara China merangkap Menteri Luar Wang Yi dengan Raja Kemboja Norodom Sihamoni di Phnom Penh pada Rabu.
Wang berkata, selama lebih setengah abad, China dan Kemboja sentiasa saling hormat dan saling percaya, melayan satu sama lain secara sama rata dan menjalin kerjasama saling menguntungkan, sehingga menjadi suri teladan kepada negara lain.
Menurut beliau, ikatan persahabatan yang kekal utuh itu bukan sahaja membawa manfaat kepada rakyat kedua-dua negara, tetapi juga menyumbang kepada keamanan dan kestabilan antarabangsa dan serantau.
Dalam pada itu, Raja Norodom Sihamoni menegaskan, pihaknya akan terus menegakkan prinsip satu China dan berdiri teguh di sisi negara Tembok Besar itu.