Mesyuarat Menteri Luar China-ASEAN Diadakan

2022-08-04 14:00:55  cri
Share with:

Mesyuarat Menteri Luar China-ASEAN (10+1) diadakan di Phnom Penh, Kemboja hari ini.

Ia merupakan kali pertama mesyuarat tersebut diadakan secara fizikal selepas tercetusnya pandemik COVID-19.

Mesyuarat itu dihadiri ahli Dewan Negara China merangkap Menteri Luar, Wang Yi dan menteri-menteri luar negara ASEAN.

Antara topik yang dibincangkan kedua-dua pihak termasuk pemerkasaan perpaduan dan kerjasama serta usaha sama ke arah pemulihan pembangunan.