AS Digesa Henti Adu Domba Hubungan Rentas Selat

2022-08-04 13:17:34  CRI
Share with:

Lawatan Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Nancy Pelosi ke Taiwan sama seperti sengaja mengadu domba hubungan rentas selat, mencampuri urusan dalaman China, dan mencabar kedaulatan negara serta integriti wilayah.

Presiden Persatuan Satu China Malaysia untuk Penggalakan Penyatuan Semula China Secara Damai, Tan Sri Dato’ Koo Yuen Kim dalam satu kenyataan berkata kerajaan AS berulang kali berjanji menghormati prinsip satu China, yang juga merupakan asas penting kepada hubungan China-AS dan kestabilan serantau.

“Lawatan Pelosi itu ternyata melanggar prinsip satu China dan tiga pengumuman bersama China-AS, mencabul kedaulatan dan integriti wilayah China, serta mengancam keamanan Selat Taiwan,” ujarnya.

Beliau menggesa kerajaan AS membetulkan kesilapan diplomatik yang dilakukan Pelosi, menghormati kedaulatan dan integriti wilayah China, dan mematuhi prinsip satu China.

“Inilah pendekatan wajar untuk mengekalkan hubungan China-AS serta keamanan dan kestabilan serantau,” kata Yuen Kim.