Enam Lagi Negara Anggotai TAC
Denmark, Greece, Belanda, Oman, Qatar dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) menandatangani dokumen berkenaan untuk menganggotai Perjanjian Persahabatan dan Kerjasama Asia Tenggara (TAC) semasa Mesyuarat Menteri-menteri Luar ASEAN ke-55 yang berlangsung di Kemboja, Rabu.
Termeterai pada sidang kemuncak pertama ASEAN pada 1976, TAC bermatlamat untuk menggalakkan keamanan berkekalan serta persahabatan dan kolaborasi lebih kukuh antara negara-negara serantau.
Buat masa ini, kesemua sepuluh negara anggota ASEAN telah menyertai perjanjian tersebut.
China menganggotai TAC secara rasmi pada Oktober 2003 sempena sidang kemuncak ASEAN-China (10+1) edisi ketujuh di Bali, Indonesia.