Suara Senada Junjung Prinsip Satu China

2022-08-04 13:57:50  CRI
Share with:

Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Nancy Pelosi melakukan lawatan mengejut ke Taiwan pada Selasa, tanpa menghiraukan bantahan keras Beijing.

Susulan itu, banyak negara dan pertubuhan antarabangsa tampil mengulangi komitmen untuk terus menegakkan prinsip satu China, sambil membidas kelakuan AS yang mencabul kedaulatan dan integriti wilayah China.

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa  Bersatu (PBB), Antonio Guterres menyatakan pihaknya konsisten dengan pendirian menjunjung prinsip satu China, yang menjadi asas kepada semua tindakan PBB.

Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen berkata Taiwan merupakan sebahagian wilayah yang tidak boleh dipisahkan dari China. Kemboja tegas menentang sebarang perbuatan yang mencabul kedaulatan dan integriti wilayah China, dan akan terus menyokong usaha China untuk mempertahankan kepentingan terasnya.

Dalam satu temu ramah sempena Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN ke-55 di Phnom Penh, Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Saifuddin Abdullah menegaskan pihaknya akan terus memegang prinsip satu China, dan berharap rantau berkenaan kekal aman dan stabil.

Sementara itu, Presiden Cuba Miguel Diaz-Canel melalui akaun media sosialnya turut menyuarakan bantahan sekeras-kerasnya terhadap tindakan provokatif AS menyasar China.