Malaysia, Penerima Manfaat Kerjasama Saling Untung
Malaysia, rakan sehaluan di bawah gagasan komuniti berkongsi nasib sesama insan, aktif menyertai Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) dan turut menjadi penerima manfaat langsung daripada konsep pembangunan berlandaskan kerjasama saling untung yang dikemukakan China.
Demikian kata Naib Presiden Persatuan Cina Malaysia (MCA), Datuk Tan Teik Cheng ketika diwawancara Kumpulan Media China (CMG), mutakhir ini.
Teik Cheng yang juga menyandang Pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) berkata daya pemprosesan pelabuhan berkenaan terus melonjak sejak beberapa tahun kebelakangan ini, dan perusahaan China merupakan penyumbang utama kepada prestasi tersebut.
Pada masa sama, pelaksanaan BRI turut merancakkan aktiviti perdagangan negara-negara jiran, menyaksikan banyak produk keluaran Thailand, Myanmar dan Vietnam dieksport ke China melalui Pelabuhan Pulau Pinang.
"Ia sekali gus menyuntik momentum kukuh terhadap pembangunan pelabuhan itu, di samping menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi tempatan,”ujar beliau.
Menurutnya, Malaysia mahu menarik lebih ramai pelabur dari China khususnya syarikat internet dan pembuatan serta perusahaan lain yang berteknologi tinggi dan berskala besar.
Teik Cheng turut menzahirkan harapan supaya Pulau Pinang dijadikan jendela untuk syarikat China menembusi pasaran ASEAN ke arah mewujudkan situasi menang-menang menerusi model pembangunan yang saling menguntungkan.