Tingkah Laku Pelosi Cetus Kemarahan

2022-08-05 15:38:24  CRI
Share with:

Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS), Nancy Pelosi berdegil mengadakan lawatan ke Taiwan tanpa mempedulikan bantahan keras Beijing.

Tingkah laku Pelosi melanggar prinsip satu China dan tiga pengumuman bersama China-AS, merosakkan asas politik hubungan dua negara, mencemarkan kedaulatan dan integiriti wilayah China, di samping memberi isyarat salah kepada kumpulan pemisah ‘kemerdekaan Taiwan’. 

Pelbagai parti demokratik di China turut tampil meluahkan kemarahan serta kecaman keras terhadap kunjungan Pelosi menerusi satu kenyataan.

Menurut kenyataan itu, semua parti demokratik tegas menentang segala tindakan yang memecahbelahkan negara, campur tangan asing dalam proses penyatuan semula China secara damai, serta cubaan mana-mana negara mencampuri isu Taiwan dalam apa jua bentuk.

Semua parti demokratik di China sentiasa bertungkus lumus menggalakkan pembangunan hubungan rentas selat secara damai, dan merupakan pembela teguh kedaulatan, keselamatan dan kepentingan pembangunan negara.

Mereka teguh menyokong semua langkah perlu yang diambil kerajaan untuk mempertahankan kedaulatan negara dan integriti wilayah.